Skip to main content

My Favourites
Looks like you’ve not added any property to your favourites. Select which property type you would like to check out below.
Residential
Commercial
Industrial
NEW!
Get in touch
Feel free to reach out to us about any inquiries, feedback, and suggestions.
TOLL FREE LINE

1-800-88-1118

Outside Malaysia

+603-7849 5000

CLOSE
I'm interested in
Buka Puasa Sultan Selangor bersama Rakyat di Bukit Jelutong !
Fill in the form below, and we’ll
get in touch with you soon!
Tell us what you’re
looking for
Home Residential Commercial NEW! Industrial Leisure Sustainability Investor Relations Property Investment Who We Are Find Us Careers Media Centre
< NEWS
Buka Puasa Sultan Selangor bersama Rakyat di Bukit Jelutong

BUKIT JELUTONG, Jumaat, 12 Julai 2013  Sultan Selangor, D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mencemar duli ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, hari ini.

Majlis dijayakan bersama oleh Sime Darby Property dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sekitar 3,000 orang termasuk penduduk perumahan di Bukit Jelutong, golongan kurang bernasib baik dan saudara baru memeriahkan majlis Iftar bersama Sultan.

Pada majlis tersebut, D.Y.M.M Sultan telah menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada golongan gelandangan, anak yatim serta mereka yang kurang bernasib baik.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Tan Sri Dato' Mohd Bakke Salleh turut menyumbangkan zakat bernilai RM1 juta, dan diserahkan kepada D.Y.M.M Sultan.

Tan Sri Dato' Mohd Bakke Salleh berkata, Majlis ini amat istemewa kerana D.Y.M.M Sultan berkenan untuk berbuka puasa bersama-sama dengan rakyatnnya di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.? Kami amat bersyukur mempunyai seorang Sultan yang sangat mengambil berat tentang hal-hal kebajikan rakyatnya dan sanggup meluangkan masa untuk bersama walaupun Tuanku terikat dengan jadualnya yang ketat.

Sebagai pemangkin ekonomi Malaysia dan syarikat multinasional yang pelbagai, Kumpulan Sime Darby dan bahagian perniagaan kami komited dalam memberi sumbangan positif kepada masyarakat setempat dimana syarikat kami beroperasi, tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar negara.? Secara khususnya,? sumbangan kami pada hari ini sejajar dengan usaha berterusan kami sebagai badan korporat dan berkongsi manfaat? dengan pihak berkepentingan dan membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan dalam komuniti ini terutamanya di Selangor, jelas Tan Sri Dato' Mohd Bakke.

Masjid Tengku Ampuan Jemaah dibina sebagai memperingati Almarhumah nenda Sultan Selangor, Almarhumah Tengku Ampuan Jemaah, juga Raja Permaisuri Agong Malaysia yang kedua. Pembinaan masjid bernilai RM25.5 juta ini telah dibiayai oleh Keluarga Diraja Selangor, khususnya dari wakaf oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Kerajaan Negeri Selangor; Sime Darby Property sebagai pemaju perumahan Bukit Jelutong dan sumbangan orang perseorangan dari komuniti Bukit Jelutong.

Dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Selangor dan dibuka pada Mac 2013, Masjid Tengku Ampuan Jemaah mampu menampung??? kira-kira 40,000 jemaah.? Selain sebagai tempat beribadat, ia juga merupakan pusat komuniti setempat dimana turut dilengkapi dewan serbaguna, pusat sumber, bilik pameran, dewan kuliah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sime Darby Berhad dan Pengarah Urusan Sime Darby Property, Dato' Wahab Maskan berkata, Selaras dengan visi Sime Darby Property untuk menjadi pemaju yang terkenal di kalangan masyarakat lestari, kami telah membayangkan Masjid Tengku Ampuan Jemaah dibina sebagai mercu tanda unik? di Selangor dan Shah Alam yang memperlihatkan ciri-ciri senibina tradisional Islam. Ia juga berfungsi sebagai pusat untuk komuniti berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain sambil mengeratkan lagi semangat kejiranan dan menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Di bulan Ramadhan yang menggalakkan amal kebajikan, Sime Darby Property bekerjasama dengan JAIS bagi menganjurkan majlis buka puasa istimewa di masjid ini, ujar Dato' Wahab.

Tell us what you’re
looking for