Skip to main content

My Favourites
Looks like you’ve not added any property to your favourites. Select which property type you would like to check out below.
Residential
Commercial
Industrial
NEW!
Get in touch
Feel free to reach out to us about any inquiries, feedback, and suggestions.
TOLL FREE LINE

1-800-88-1118

Outside Malaysia

+603-7849 5000

CLOSE
I'm interested in
Raja Permaisuri Agong Rasmikan Poliklinik Primer Sejahtera UIAM Hab Pendidikan Tinggi Pagoh!
Fill in the form below, and we’ll
get in touch with you soon!
Tell us what you’re
looking for
Home Residential Commercial NEW! Industrial Leisure Sustainability Investor Relations Property Investment Who We Are Find Us Careers Media Centre
< NEWS
Raja Permaisuri Agong Rasmikan Poliklinik Primer Sejahtera UIAM Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

MUAR, 14 JUNE 2023: Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan untuk bercemar duli hadir dan merasmikan Poliklinik Primer Sejahtera UIAM yang terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh.

News1
Ketua Perlembagaan UIAM Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan untuk bercemar duli hadir dan merasmikan Poliklinik Primer Sejahtera UIAM di Pagoh, Johor.

Poliklinik Primer Sejahtera (PoPS) di Kampus Pagoh diwujudkan atas dasar keperluan kesihatan gunasama yang mendesak bagi warga kampus Hub Pengajian Tinggi Pagoh (HPTP) dan meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan kepada 63,000 penduduk Pagoh termasuk komuniti Orang Asli. Poliklinik ini siap sepenuhnya pada Disember 2022, dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 menjelang 2024.

Poliklinik Fasa 1 ini beroperasi di 2 unit kedai yang disewa dan terletak di tengah-tengah kampus serta mudah diakses terutama kepada para pelajar di mana terdapat 2 bilik konsultasi dan 2 bilik rawatan. 

Yayasan Sime Darby (YSD) dengan sumbangan Sime Darby Property Berhad adalah penyumbang dana tajaan bagi projek pembangunan Poliklinik Primer ini untuk fasa 1. Kesinambungan kos operasi dan perjawatan disokong oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Sime Darby Property Berhad dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Keseluruhan dana bagi membangunkan Poliklinik Primer Sejahtera Fasa 1 ini berjumlah RM1.8 juta yang merangkumi kerja pengubahsuaian, alatan kelengkapan perubatan, sistem integrasi pengurusan pesakit, sewaan premis, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah ambulans. 

Lokasi ini bersifat sementara dan sementara menunggu proses pembangunan bagi fasa 2 kelak. Fasa 2 pula akan memberi tumpuan kepada penggunaan infra kekal serta memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih lengkap bagi warga Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP).

Poliklinik ini mempunyai 8 orang kakitangan kesihatan yang terdiri daripada 2 orang pegawai perubatan, 2 pegawai perubatan pergigian, 2 orang jururawat, seorang pembantu pegawai kesihatan dan seorang pembantu perawatan kesihatan. Jumlah tersebut akan ditambah dari masa ke semasa.

Ketika ini perkhidmatan kesihatan diberikan adalah kepada para pelajar dan kakitangan UIAM sahaja sementara menunggu proses dan kelulusan lesen dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan dipanjangkan ke institusi dan pelajar lain di HPTP.

News2
Ahli Majlis Tadbir Yayasan Sime Darby, Puan Sri Normah Hashim (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif - Pembangunan Hartanah Sime Darby Property, Dato’ Ir. Mohd Sohimin Mohd Alayedin (kanan) menyampaikan replika cek yang berjumlah RM1.8 juta kepada Presiden UIAM, Tan Sri Samsudin Osman (dua dari kiri) dan Rektor UIAM Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak (kiri).

Dalam majlis yang sama juga di lokasi yang berasingan, Yayasan Sime Darby dan Sime Darby Property Berhad turut menyampaikan replika cek yang berjumlah RM1.8 juta kepada UIAM untuk Poliklinik Primer Sejahtera bagi Fasa 1 yang telah dijalankan.

Cek tersebut disampaikan oleh Ahli Majlis Tadbir Yayasan Sime Darby, Puan Sri Normah Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pembangunan Hartanah Sime Darby Property, Dato’ Ir. Mohd Sohimin Mohd Alayedin manakala Presiden UIAM, Tan Sri Samsudin Osman dan Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak mewakili UIAM untuk menerima cek tersebut dan disaksikan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Sumbangan tersebut adalah daripada salah satu teras Yayasan Sime Darby dalam bidang Komuniti dan Kesihatan dengan tajaan dana bagi membantu komuniti dalam menyediakan akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, memandangkan Bandar Universiti Pagoh merupakan perbandaran baharu, dan pada masa ini kekurangan kemudahan awam seperti hospital atau kesihatan klinik, serta pengangkutan awam.

Pusat kesihatan gunasama ini adalah yang pertama seumpamanya di kalangan institusi-institusi pengajian tinggi awam di mana setiap Universiti Awam yang berada di HPTP akan berkongsi satu fasiliti kesihatan secara bersama.

Hadir sama pada majlis perasmian ini ialah Timbalan Menteri Kesihatan, YB Lukanisman Awang Sauni, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Tan Sri Dato' Dr. Haji Azmi Bin Rohani Timbalan Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Dr. Hj Megat Sany Megat Ahmad Supian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby, Dr. Hjh. Yatela Zainal Abidin. Para pegawai kanan dan kakitangan setiap agensi yang terlibat dalam majlis perasmian ini.

 ###

Disediakan oleh: 
Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM
14 Jun 2023

Hubungi:-
Roslan Rusly
Pegawai Perhubungan Media
Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM
019-293 2984/03-6142 5889
roslanr@iium.edu.my / corpcommiium@gmail.com

Nur Raudhah Ibrahim 
Yayasan Sime Darby
nur.raudhah.ibrahim@simedarby.com 

Download:
Bahasa Malaysia

Tell us what you’re
looking for