Skip to main content

My Favourites
Looks like you’ve not added any property to your favourites. Select which property type you would like to check out below.
Residential
Commercial
Industrial
NEW!
Get in touch
Feel free to reach out to us about any inquiries, feedback, and suggestions.
TOLL FREE LINE

1-800-88-1118

Outside Malaysia

+603-7849 5000

CLOSE
I'm interested in
Pembukaan Persiaran Shorea Dijangka Mengurangkan Beban Kesesakan Lalu Lintas Penduduk City Of Elmina!
Fill in the form below, and we’ll
get in touch with you soon!
Tell us what you’re
looking for
Home Residential Commercial NEW! Industrial Leisure Sustainability Investor Relations Property Investment Who We Are Find Us Careers Media Centre
< NEWS
Pembukaan Persiaran Shorea Dijangka Mengurangkan Beban Kesesakan Lalu Lintas Penduduk City Of Elmina

ARA DAMANSARA, 28 SEPTEMBER 2020 – Sime Darby Property Berhad dengan rasminya akan membuka Persiaran Shorea di City of Elmina, Shah Alam pada pukul 12 tengah malam ini.

Persiaran sepanjang 4.43km ini akan memanfaatkan lebih 200,000 penduduk setempat terutamanya para penghuni Saujana Utama dan Elmina Green.

Pengguna jalan raya dari Saujana Utama akan mendapat akses utama ke Lebuhraya Koridor Guthrie yang dianggarkan dapat mengurangkan jangka masa perjalanan seharian mereka dari dalam dan ke luar bandar.

Selain membantu dalam penyuraian trafik, Persiaran Shorea ini juga berupaya menghubungkan kawasan baru dengan kawasan yang sedia ada. Penduduk Elmina Green akan mendapat manfaat akses ke Elmina Central Park dengan penjimatan masa sebanyak 20 minit.

Persiaran Shorea juga akan menyambungkan Elmina Green ke Pusat Bandar Elmina (Elmina City Centre) yang akan dibangunkan kelak, serta membantu dalam penyambungan perjalanan pengguna jalan raya dari City of Elmina ke Lebuhraya DASH yang dijangka siap akhir tahun ini.

“Pembukaan Persiaran Shorea pada hari ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan tanpa usaha sama pelbagai pihak terutamanya Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, dan juga Jabatan Kerja Raya Selangor. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak berkuasa terbabit di atas kerjasama mereka bagi menjayakan pembukaan Persiaran Shorea ini,” ucap Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property YBhg. Dato’ Azmir Merican.

City of Elmina dengan keluasan 5,000 ekar merupakan diantara perbandaran “flagship” baharu Sime Darby Property.

“Sime Darby Property dalam membuat perancangan perbandaran City of Elmina mengambil berat elemen kelestarian bagi mengekalkan kekayaan sejarah di kawasan ini,” kata Azmir lagi.

Antara usaha-usaha lestari di City of Elmina adalah:

  • Lebih 300 ekar kawasan hijau telah dikenalpasti dimana 84 ekar daripadanya merupakan taman hutan atau “forest park” dan 36 ekar merupakan taman komuniti untuk melindungi kekayaan flora dan fauna.
  • 90km trek basikal dan jogging telah disediakan bagi melestarikan gaya hidup sihat.
  • Pengurusan bencana banjir melalui Sungai Subang Flood Mitigation Project dimana kawasan tadahan air dipastikan cukup dan kawasan-kawasan hijau seperti taman komuniti dapat menampung musim hujan bagi memastikan keselamatan penduduk.
  • Penubuhan Elmina Rainforest and Knowledge Centre sebagai gerbang warisan semula jadi yang memberi fokus kepada pendidikan dan perlindungan alam sekitar.

 

“Sime Darby Property sebagai pelopor industri hartanah negara aktif membangunkan kawasan kediaman yang berdaya maju dan menarik untuk didiami, bekerja dan beriadah. Pembangunan infrastruktur seperti Persiaran Shorea dan institusi lain di City of Elmina adalah penting bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat dan demi pembangunan bandar secara mampan,” kata YB. Tuan Ir Izham Bin Hashim.

Sime Darby Property Berhad beriltizam untuk memberi khidmat terbaik kepada pembeli rumah bukan sahaja dari segi reka bentuk rumah malah juga dari segi perbandaran yang lengkap dengan kemudahan dan infrastruktur demi kelestarian masyarakat.

Majlis perasmian pada hari ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Haris Bin Kasim, Datuk Bandar Shah Alam, Ahli-Ahli Majlis serta Pengurusan Tertinggi MBSA.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek-projek pembangunan Sime Darby Property, sila layari simedarbyproperty.com, Facebook, Instagram dan muat turun aplikasi mobile Sime Darby Property (melalui App Store dan Google Play).

*TAMAT*

Sime Darby Property Berhad

Sime Darby Property merupakan pemaju hartanah terulung di Malaysia dengan lebih dari 47 tahun pengalaman membina komuniti yg mampan. Sime Darby Property setakat ini telah membina 24 perbandaran aktif dengan capaian global merangkumi aset dan operasi di rantau Asia Pasifik dan United Kingdom (UK). Di UK, Sime Darby Property merupakan sebahagian dari konsortium Malaysia yang membangunkan dan membaik pulih Battersea Power Station di pusat bandar London.

Sebagai pemaju hartanah bertanggungjawab, Sime Darby Property dengan kerjasama Yayasan Sime Darby giat aktif dalam menganjurkan pelbagai inisiatif untuk membantu komuniti kurang bernasib baik yang tinggal di dalam dan sekitar perbandaran di seluruh negara. Sime Darby Property juga merupakan satu-satunya pemaju hartanah di Malaysia yang diiktiraf dan disenaraikan dalam komponen indeks Dow Jones Sustainability Indices (DJSI) untuk dua tahun berturut-turut.

Sime Darby Property merupakan kumpulan pemaju hartanah yang telah memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ia merupakan pemaju hartanah Malaysia yang pertama dianugerahkan dengan FIABCI Prix d'Excellence sebanyak dua kali untuk bandar Subang Jaya dan UEP Subang Jaya. Ia juga memenangi anugerah emas untuk 10 tahun berturut-turut di Putra Brand Awards 2019 dan diiktiraf sebangai Top 10 Developers di BCI Asia 2015 untuk 6 tahun berturut-turut. Sime Darby Property juga diiktiraf sebagai pemaju hartanah terkemuka di Malaysia di The Edge Top Property Developers Awards, pengiktirafan yang diterima oleh syarikat berkenaan sejak 2009.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati www.simedarbyproperty.com

HUBUNGAN MEDIA:

Izzat Alhadjri
Pemangku Ketua Komunikasi Korporat
Sime Darby Property Berhad

Tell us what you’re
looking for